Cari Blog Ini

Selasa, 9 Ogos 2011

BUKU PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN MUZIK

BUKU PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN MUZIK.
EDITOR:MOHD JOHARI AB.HAMID.
PENERBIT:UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
HARGA: RM25.00
*sabah/sarawak(pos harga lain)

Buku ini ialah himpunan esei pilihan karya pensyarah-pensyarah Fakulti seni dan muzik.Esei terpilih ini hasil daripada kajian dan penyelidikan pelbagai bidang Seni visual dan muzik,pendidikan seni visual dan muzik bukan sahaja merupakan mata pelajaran yang mementingkan bakat dan minat tetapi juga sebagai sumber ilmu yang dapat menjana dan membentuk insan yang besifat penyayang,lemah lembut dan sopan santun yang memahami nilai estetik dan budaya orang lain.Tanpa nilai-nilai ini manusia sering berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran.Nilai-nilai tersebut diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi hari ini. Seni dan muzik merupakan salah satu bidan yang menarik,mencintai dan menghayati keindahan adalah kehendak naluri semua manusia.Buku ini cuba mengupas pelbagai persoalan yang berkaitan dengan seni dan muzik dari sudut pendidikan. Contohnya,kepentingan masyarakat mengenali rupa dan jiwa,barangan kraftangan seperti seni tembikar dan seni ukiran,peranan Pendidikan Seni pada abad terkini dari sudut cabaran metodologi,seni dan kritikan serta cabaran seni percetakan masa kini. Pembelajaran seni arca,pendidikan muzik dan komputer,teknologi MIDI dancabaran pendidikan seni dalam era teknologi,perbincangan yang diketengahkan itudapat memenuhi kehendak semua pembaca terutama pelajar seni,pencinta budaya dan golongan profesional.